AL AZHAR MEDIA

Meneruskan Kesinambungan

Your Shopping Cart

Your Cart is currently empty.

Anda Di Sini: Panduan Pengaktifan
Mengaktifkan Secara On-line

Untuk memulakan pengaktifan, sila laksanakan opsyen Bantuan->Aktifkan Sekarang…. Apabila opsyen ini dilaksanakan, satu kotak dialog seperti ditujukkan di dalam gambarajah di bawah akan di paparkan.

Sila pilih opsyen Saya mempunyai kunci produk dan mahu aktifkan eMiftah, kemudian tekan butang [Next >>]. Laman properti seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah di bawah akan dipaparkan.

Ssila pilih opsyen Saya sedang on-line dan bersedia untuk pengaktifan apabila kotak dialog di bawah di paparkan. Kemudian masukkan kunci produk dan tekan butang [ Next > ]. Kotak dialog maklumat pengguna seperti yang dipaparkan di dalam gambarajah di bawah akan dipaparkan.

Di sini anda perlu mengisi beberapa maklumat peribadi atau berkaitan di dalam ruangan yang disediakan. Maklumat-maklumat ini bukanlah wajib tetapi anda digalakkan untuk mengisikan maklumat yang betul dan lengkap. Maklumat ini mungkin berguna untuk rujukan di masa hadapan. Apabila selesai mengisi maklumat yang diminta, sila tekan butang [ Next > ]. Proses pengaktifan akan dimulakan, sila tunggu sebentar. Apabila pengaktifan berjaya, satu kotak dialog seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah di bawah akan dipaparkan.

Lihat Video

 
Mengaktifkan Melalui Telefon

Untuk memulakan pengaktifan, sila laksanakan opsyen Bantuan->Aktifkan Sekarang…. Apabila opsyen ini dilaksanakan, satu kotak dialog seperti ditujukkan di bawah akan di paparkan.

Sila pilih opsyen Saya mempunyai kunci produk dan mahu aktifkan eMiftah, kemudian tekan butang [Next >>]. Laman properti seperti yang ditunjukkan di bawah akan dipaparkan


Sila pilih opsyen “Saya tidak on-line dan perlu mengaktifkan melalui telefon”, kemudian masukkan Kunci Produk dan tekan butang [ Next > ]. Kotak dialog seperti dibawah akan dipaparkan.

Di sini anda perlu menelefon talian hotline Al-Azhar Media dan memberikan Kunci Produk dan Identiti Pengguna seperti yang dipaparkan pada skrin kepada operator yang bertugas. Operator tersebut akan membuat pengaktifan setempat dan memberikan satu kod yang dikenali sebagai Kunci Pengaktifan kepada anda. Sila isikan Kunci Pengaktifan ini ke dalam ruangan yang disediakan di atas kotak dialog tersebut. Apabila selesai, sila tekan butang [ Next > ]. PEngaktifkan akan dimulakan, sekiranya berjaya, kotak dialog seperti di bawah akan dipaparkan.

 

Lihat Video

 SEMOGA BERJAYA