Sempena Minggu Bahasa Arab, Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS) Bangi Selangor, Al-Azhar Media dengan kerjasama IPIS telah menganjurkan Forum Istimewa Bahasa Syurga yang menampilkan Puan Mona Jazman dari IKIM.fm sebagai moderator dan ahli panel yang terdiri daripada Ustazah A'edah Zakaria (ketua Jabatan Bahasa Arab IPIS), Ustaz Mohd Khairil Anuar Moha Wafa (Alih Bahasa Al-Jazeera Astro) dan Ustaz Mohd Khairi Zainuddin (Ketua penyusun kamus Al-Miftah).
Uniknya forum ini, menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya dengan gaya bahasa yang indah, mudah dan difahami oleh para peserta. Rata-rata pelajar IPIS berpuas hati dan merasakan budaya baru ini perlu diteruskan demi keindahan Bahasa Arab dapat diadaptasi dalam kehidupan. Turut hadir pelajar-pelajar sekolah yang berhampiran.