AL AZHAR MEDIA

Meneruskan Kesinambungan

Your Shopping Cart

Your Cart is currently empty.

Anda Di Sini:

Catatan perjalanan

Kamus Al-Miftah dan Yayasan An-Nadhoh. catatan Ismail Hashim (wartawan bebas)

SYUKUR dapat menyertai XPDC Pemasaran Kamus Al-Miftah ke utara Malaysia. Bersama dengan Ustaz Nazri, Saudara Amir Hamzah dan Sdr Mustakim

SYUKUR dapat menyertai XPDC Pemasaran Kamus Al-Miftah ke utara Malaysia. Bersama dengan Ustaz Nazri, Saudara Amir Hamzah dan Sdr Mustakim.

Bergerak dari Seremban menuju ke Wangsa Maju untuk ke Sarjana Media di Carfoure, kemudian ke Masjid Negeri Shah Alam. Kemudian sampai di An-Nahdhoh Inn di Bukit Mertajam sekitar jam 2 pagi.  

 Kelihatan kami bergambar selepas selesai urusan di Sarjana Media, Wangsa Maju bersama tokehnya, Tuan Haji Tajudin Senafi yang sibuk bertelefon.

 An-Nadhoh Inn yang kami inapi di Bukit Mertajam. Hanya RM25 semalam. uhhh murahnya.

 Sebahagian dari 4 ribu hadirin yang menyertai kuliah perdana pada setiap Sabtu yang disampaikan Ustaz Mutalib Maarof. Kutipan tidak banyak hanya RM12 ribu sahaja sekali kuliah. Masya Allah

Ustaz Nazri sedang menerangkan sesuatu pada Ustaz Mutalib yang serius mendengarnya. Mereka berdua mempunyai pemikiran hebat sebagai ulamak muda.

Itu sahaja maklumat awal xpdc kami. Nanti saya terkinikan ok kerana sekarang juga kami akan begerak ke Kedah... jumpa lagi.